Kru kru Ayam

Thursday, July 28, 2011

bangkitlah Harimau Malaya!

ok skang ni sane sini mesti ade tulis pasal Harimau Malaya
atau lebih gerek, HM
sume ok, maksud aku semua
fb, twitter, blog, myspace
*erk myspace tu aku tipu hahaha
boleh dikatakan hampir semua orang dok cucuk
 Singa laut yang ade singa import tu
aku pun ape kurangnya kan
tapi bagi aku, aku respect orang2 camni
at least kite bagi semangat secara tak langsung kat diorang
walaupun diorang ta bace or bukak pon fb diorang
ok ade la kot malam2
jadi harapan aku
jadikan kekalahan aritu satu pengalaman yang
boleh memberi kita kejayaan
harus fokus, harus kuat mentaliti
sebab singapore kuat main psiko
dan aku pun tengok bola jap g
hahaha
tapi depan tv je la
tiket abes woo



dan aku harap arini die akan beri sinar kepada HM
dan mencipta gol untuk Malaysia
bukan legend bodoh macam fan MU wat tu
okeh niat kene betol yee


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #1

Wednesday, July 20, 2011

2 week to Ramadhan.

wah
pejam celik pejam celik
da dekat 2 bulan stgah aku cuti
mmg cepat je mase berlalu
tapi dalam 2 bulan ni byk bende yang jadi
yang penting
tahun ni aku tak puase kat luar kawasan rumah
setelah 3 tahun aku tak sahur hari pertama kat rumah
tahun ni aku start puase kat rumah!
hehe
rase rindu pun ade
sahur same2 ngan mak aku
tapi kkdg pikir balik
rindu plak nak puase kat U
tahun lepas aku open sahur ngan megi keras ngan neslo suam
sebab air panas jadi tak panas
dua tahun lepas aku puase kat perak
aku rindu gak nak jalan2 ngan budak2 ni g bazar tu nanti
tapi bersyukur la dapat puase kat rumah ni
nanti da keje belum tentu dapat puase skali ngan family
raye pun belum tentu lagi
ape2 pun
sape2 yang ade tinggal2 tahun lepas tu
baik bayar skang
nanti double plak susah nanti
hehe
2 minggu lagi yea~

Thursday, July 14, 2011

Segmen bersama Khalis




ya betul
aku join satu bende ni
nak kate contest bukan la aku rase
tapi aku memang ikhlas hati dan hempedu nya
mari aku kenalkan kepada yang tak kenal
inilah bro khalis
atau name pesbuk nye Khalis Raouf
haha camne gempak kan?
aku saje letak bro tu baru nampak ngam ngan aku yang mmg guna name bro sejak azali
kasi hit ini link


blog ni memang terbaik la jugak
kadang2 malam2 aku gelak guling2 gak
kadang2 serius
kadang2 rase cam nak pancung orang
tapi aku simpan jek wat kenangan
haha korang sume yang terbace ni MESTI singgah ah
penat aku letak link tu
kalau tangan tak gatal nak tekan
siap kau
baru korang tau erti penyesalan
haha
ok kepada bro khalis
wa sapot lu dari blakang
sapa ada hal ngan lu
lu halo halo wa
wa kasi habis itu orang
wa bukan pe
baru abes tgk KL gangster. haha

Wednesday, July 13, 2011

menyampah

aku menyampah bile tengok name kau
itu baru name tu
nampak gamba kau ape tah lagi
walaupun aku belum nak buat Perang Dunia ke 4 ngan kau
tapi kalau kuar je name kau
sumpah aku menyampah
memang aku bukan sesiapa nak menilai kau
aku pun punyai kelemahan
tapi dengan ape yang kau wat
serius aku nak muntah
tulis cam budak bajet dalam fb
macam hebat doh kau
lagi2 tgk seteru lame aku kemain dok puji kau
lagi tambah je panas aku
sekali sekala cam bodoh gak aku
percaya kat orang cam kau
membiarkan hati aku dulu cakap
kau bukanlah budak jenis camtu
tapi ternyata first impression aku betul
first impression aku selalunya salah
i mean sangat selalu
tapi kau punye mmg betul
sangat bajet.

Thursday, July 7, 2011

Bersih 2.0

haha kontroversi tak tajuk wa
dalam bulan julai ni
ini la salah satu event gempak yang diadakan kat malaysia ni
selain liga super malaysia yang dimenangi oleh kelantan
dan perlawanan skuad senior malaysia 
diadakan pada bulan ni gak
jadi banyak sungguh event bulan ni
tapi yang paling aku nak tulis kat blog aku ni
PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
besaq tak ceq tulih tu?

sebelum apa2 
mai kita check sket motif utama perhimpunan ni diadakan
biasa la perhimpunan sekolah pun ade motif nye
begitu juga perhimpunan orang2 yang nak mintak naik gaji




Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


panjang kan?
jadi aku tidak lah sokong mana2 pihak
aku sokong mana yang aku rasa betul
tapi semua ni?
aku rasa tak perlu la nak adakan semua ni
aku tau Malaysia ni mengamalkan demokrasi berparlimen
dan perhimpunan camni mmg tak salah
boleh diadakan
polis pon tak leh nak halang
tapi ikhlas la pendapat aku
setelah aku perhatikan dan kedua-dua belah pihak
dan aku bersuara kerana aku hendak menyatakan pendapat aku
walaupun aku tau aku bukan lah seorang pendebat
dan kurang pengalaman dari segi politik

1- bersihkan undi
aku rasa selama kita berkerajaan ni tak timbul masalah nak bersihkan undi. dan aku rasa tak perlu timbulkan tuntutan ni.

2-mereformasikan undi pos
undi pos ni aku rase diadakan sebab ade orang yang takleh nak undi pada hari mengundi. dah tentu undian PERLU diadakan pada hari undi,kan?
3- gunakan pen dakwat kekal
ni lagu satu tuntutan yang aku rasa sgt tak perlu. walaupun aku tak pernah mengundi, aku tau mmg mengudi kene guna pensel. kalau guna pen da dikira undi rosak. tak salah aku la. sejak dari dulu mmg guna pensel, kenapa sekarang baru teringat nak guna dakwat kekal.

4-masa berkempen minima 21 hari
minima 21 hari? yang ni mmg aku terperanjat abes. ingat tak yang peristiwa 13 mei tu? ianya terjadi sebab tempoh berkempen lama sangat. dan aku rasa memang kene pendek untuk tidak terjadinya perkara2 yang tak diingini. so korang pikir2 la yang ni.

5-akses media yang bebas dan adil
haha yang ni pening ke RTM ngan BERNAMA. kesian doe aku tgok. tak pasal2 diorang kene!

6- kukuhkan institusi awam
yang ni aku rasa diorang wat khas kat SPR sebab diorang mmg nak serang SPR pun dalam tuntutan ni. so aku malas nak komen.

7- hentikan rasuah!
wah! ni aku tau semua orang yang besar2 tu ada dapat. semua orang ta kira kerajaan atau pembangkang, ade dalam kalangan diorang mmg makan rasuah. dan kita nak hentikan camne kalau diorang sendiri,yang besar2 ni, da makan? yang aku pelik, ape fungsi ni dalam perhimpunan ni?

8- Hentikan politik kotor
yang ni mmg aku rasa agenda pembangkang. sebab selama aku tgk dan perhati, pembangkang lebih byk kotor dari kerajaan.


so kepada semua yang sokong tu
jangan dok pakai sokong ja
tgok dulu apa yang korang dapat kalau korang sokong ni
dan aku rasa ade tuntutan yang relevan (walaupun aku komen macam2) 
dan ada yang tidak
jangan sokong perhimpunan ni sebab korang sokong pembangkang
sebab nanti korang gak yang susah
perhimpunan ni tak jawab n tolong korang kalau kene tangkap nanti
dan kepada yang tubuhkan satu lagi perhimpunan
iaitu PATRIOT
yang ni pun aku rase tak payah
korang marah orang lain buat perhimpunan 
tapi korang pon buat
so ape ceritanya?
so aku ta nak tulis macam2 lagi
nanti aku lak kene balik 
ini hanyalah pandangan aku sahaja 
ok?