Kru kru Ayam

Friday, March 22, 2013

takziah

bila dengar berita ni
aku sendiri terkejut
tahap super
baru je gurau2 dengan die time beli ais aritu
tapi Allah lebih sayang kan dia

aku tau ibunya sangat sangat sedih
ibu mana yang tak sayang anak
dan anak tu pun masih kecil lagi
semua orang sayang dia
aku harap si ibu tabah dengan semua ni
yg datang pasti kembali
dan yang pergi takkan kembali lagi

saya minta maaf sgt2 
sbb tak tgk baby kat ICU dan ketika jenazah dikebumikan
saya tau perasaan kak na saat ni
ketika ini
saya pun menangis bila dapat tau
jujur
dan saya hampir menangis bila kak na call saya
tanya kenapa tak dtg lawat jenazah sebelum kebumi
sungguh
petang tu mmg saya ada hal
harap kak na tabah
semua orang paham perasaan kak na sekarang ni

Innalillahiwainnalillahirrojiun

selamatlah kamu disana
arwah Puteri Rania

Tuesday, March 12, 2013

never knew

hati bila kosong
rasa macam tak perlu kisah tentang apa apa pun
buat la apa yang disuka
nak cakap apa
nak tengok apa
nak sakat budak mana
buatlah
sebab dalam hati itu tiada isinya

tapi jika hati bila dipenuhi
kita akan cari cara untuk menjaga
belajar untuk membuat orang lain gembira
semakin berhati-hati dalam sesuatu perkara

aku tak tau
aku tak sangka
tapi aku bersyukur
kerana kamu telah mengisi ruang itu
dan memberi aku belajar untuk berhati hati
memegang janji
belajar untuk menggembirakan orang
dengan cara yang berbeza

kesilapan itu selalu berlaku
kalau tak ada kesilapan tu, bukanlah manusia namanya
tapi kita patut memperbaiki kesilapan itu
sama sama
supaya dapat menyempurnakan hidup
dan melengkapkan skrip samarinda hidup


untungnya aku
kehadiran kamu
tidak disangka
dan aku sangat bersyukur

Friday, February 22, 2013

mencuba

mencuba untuk bertahan
mencuba untuk menjadi yang terbaik
mencuba untuk buat kamu gembira
mencuba untuk berada di setiap saat 
mencuba untuk menolong sedaya upaya
mencuba untuk berada dikala bersedih
mencuba untuk bahagia bersama kamu

mencuba untuk menerima setiap sudut kelemahan kamu
dan mencuba untuk menerima kelebihan kamu
aku berharap kamu juga begitu



sejujurnya ku tak bisa
hidup tanpa kamu
aku gila

Sunday, January 13, 2013

130113


tahukah kau mengapa mereka 
cemburui kita sampai bila-bila
kerna cinta tak akan memaksa 
datang bersahaja tak kira masa
walaupun seketika
percayalah engkau dihatiku
aku tak berpura kau pun tahu
satu permintaan kau berikan kesempatan
untuk hidup denganmu
jika engkau dapat merasakan
satu perubahan bagai dilanda taufan
itulah imaginasiku padamu
jangan kau tertipu dalam dunia 
yang tak menjanjikan
aku rela dipukul atau dihina
tapi jangan kau ragu niat cintaku
walaupun seketika


:)

Tuesday, January 1, 2013

1st post in 2013

afternoon semua !
yeah 2013
tahun baru, azam baru *kalau ada*
semua kalau boleh nak baru
pagi-pagi dah hujan kat bumi kelantan ni
hujan rahmat kan~


so maybe nak tahu sket
apa korang nak dalam tahun 2013 ni
because you know
kite yang merancang hidup kita
tapi Allah yang menetnukan
so what it be yours?

Monday, December 31, 2012

end of 2012. superb year. 2013, here i come !

2012
tahun yang meninggalkan aku dengan beribu pengajaran
dari awal tahun sampai akhir tahun
banyak sangat yang aku belajar
nak cerita pun takleh sebab banyak bebenor
jadi aku bagi highlight je la
mungkin highlight ni tak masuk semua kenangan terbaik aku
tapi aku bagi 5 kenangan yang mungkin terbaik pada aku yg terjadi tahun ni

5-
tahun 2012 ni merupakan tahun rahmat kot. ataupun tahun ujian aku. awal bulan 6, aku injured sebab bersukan (kononnya). aku injured kan ACL aku sebab main baling selipar*okey jgn gelak*. sampai sekarang aku still takleh lari laju2 dan terlampau aktif. sobsob.
*ACL tu kalau tak tau leh google okey*


4-
for da first time, aku collaborate dgn sebahagian besar kosmate aku, utk program luar forensik. awesome time for me. instead of uruskan Forensic Interaction Day, bagi aku program ni bagi makna mendalam kat aku. sebab korang semua mmg bagi kerjasama yang terbaik dan program itu sangat-sangat lah lancar. aku rindu nak bekerja camtu lagi ngan kosmate aku.
oh yeah, korang tanya apa program tu? huhu
Pertandingan Nasyid Tertutup USMKK 2012, 21 April 2012 :)

3-
tahun 2012 gak mmg tahun yang bertuah, sebab tahun ni aku berumur 21 tahun. dan lebih manis lagi, aku dapat anak buah pertama ! Luqmanhisham bin Nazrulhisham. my first nephew ever. 14 February 2012, Valentines Day gitew. huhu aku ingt lagi tiap2 hari pergi balik hospital sebab mak aku risaukan menantu dia. huhu dan lagi satu after series of crying and smiling, finally my sister married to a man name Ron Kaz (fb name). huhu dan aku dapat la abg ipar dah. kehkeh 8 September 2012

2-
of course aku takleh lupa, my practical dekat Fire Rescue Academy Malaysia, Wakaf Tapai. bagi aku ni yang terbaekk lah. mmg syiok oo. all the tension, the teamwork, the experience, its priceless. bukan senang nak dapat camni, hanya pelajar Forensik je yg dapat. hehe bilik aircond, rapelling (walaupun tak dapat buat), makan sodap2, jumpa orang paling besar Forensik Kebakaran, makan pizza time buat slide presentation dan mungkin dengar Mr Paneer cakap laju2 pastu aku salah paham, hehe. 3 - 6 Disember 2012


1-
the most unforgotten memories among all memories. Khidmat Bakti Siswa - Sarawak Melestarikan Bumi Kenyalang . or shortly KBS - Sarawak 2012. this is my first time aku pergi borneo. dan juga first time aku naik kapal terbang. sepanjang beberapa hari aku kesana, otak aku diisi dengan berbagai-bagai memori. dari duduk kat LCCT lama2,mandi kat LCCT, naik kapalterbang, SMK Belawai, Kg Jerijeh, keluarga angkat, tgk sunset terbaik dari ladang baq ang, tanam pokok, mandi pantai, makan megi ramai2, Sarawak Cultural Village, jalan2 kat bandar Kuching, Sibu , kedai kek lapes, tgk cite Battleship *ini takleh blah, semua tido time tgk wayang hahah*, naik bot besar, err banyak lagi lahh. sampai aku malas nak taip semua. but for me, this is the most unforgetteable memory in 2012. terima kasih kerana beri aku peluang ni, siap jadi bendahari kehormat lagi huhu *first time jadi !*. thanks thankss thankssss. 





huhu sebenarnya BANYAK lagi kenangan aku 2012 
macam SKSPM18 : Rise of the Soldier , Kuiz Sains Kesihatan 2012, handle Feski12 sbg Exco Teknikal, ConvEx 44, SafeCom 2012, volleyball at Sukad 2012, cari upih ngan jules utk permainan tradisional, handle program tu sekali, MERS, Wau tradisional, book expo 2012*huhu* dan bermacam-macam-macam-macam lagi tak dapat diungkapkan. hehe





walau camna pun kesedihan, kita tetap boleh tersenyum, caranya lupakan yang buruk, get your life on and live the life. seriously, i know better. :)


setiap tahun aku akan cakap azam aku
tapi bagi aku
azam tu tak selalu kita capai
walau kita bermimpi camna pun
kalau tak berusaha, takleh gak
jadi untuk tahun 2013
aku harap semua nya akan okey
tak kisah la nak jadi awesome ke, hebat ke
aku harap 2013 is another year of luck for me
:)

hakikat.

pabila terasa diawasi tuhan
rasa berdosa setiap masa
rasa hina diri dengan Tuhan
rasa syukur dengan nikmatNya

jiwa derita dengan dosa
hati rasa kurang amal pada Nya
itulah hakikat sifat kehambaan 
bahagia

mukmin sejati sentiasa berwaspada
dari dosa tanpa sengaja
apatah lagi dosa yang nyata
umpama gunung jatuh padanya

segala-galanya untuk tuhanNya
jiwa derita dengan dosa
hati rasa kurang amal pada Nya

itulah hakikat sifat kehambaan bahagia

Tuesday, December 18, 2012

gambaq baq ang. dari FRAM .

nah gamba2 dari FRAM Wakaf Tapai
tapi gamba2 ni terhad sebab aku amek dari kamera cik yien je
huhu enjoy~










































finale finale .


jadual final exam sem 5 aku
padat tak? 
doakan aku berjaya sem ni
dapat dean list aminn. 

Sunday, December 16, 2012

FRAM Wakaf Tapai Terengganu

dalam masa 4 jam perjalanan dari USM
aku berkelana ke negeri orang
huhu pergi ke Akademi Bomba dan Penyelamat
aka FRAM Wakaf Tapai

disebabkan jadual kiteorang yang berubah
jadi first2 kiteorang pergi ke lab dulu belajar buat analisis
tapi cam da tau je sebab da penah belajar sebelum ni
kiteorang semua pergi kat JBPM yang betul2 kat sebelah pasar payang tu
masa sampai situ berbulu mata tgk durian berlambak gilaaa!
sakit jek ati 
D24 Musang king semua ada
tapi disebabkan kiteorang nak praktikal 
bajet cam hampa la tak dpat pergi
tapi last2 dapat gak jejak kaki ke sana
siap Dr Fahmi belanja makan durian lagi uollsss

da puas berdurian dan cari hadiah utk dia
gerak terus ke Wakaf Tapai
mmg rushing giler sebab since jadual dah berubah
kiteorang tak dapat di sambut dgn sebetulnya
tapi takpe kiteorang sume steady jek
huhu
dari dengar lecture, sampai lah ke siasat tempat kebakaran
tup tup dah 4 hari kat sana
mmg penat dan gembira tu semua ada
malas nak cerita, sebab byk sangat perasaan nye
huhu yang penting aku da rasa pergi bomba




ini menandakan aku da nak abes tahun tiga
setahun je lagi woit !

Monday, December 3, 2012

off to JBPM Wakaf Tapai

masa yang ditunggu tunggu sudah tiba
cerita yang aku dengar masa first year dulu
praktikal kat bomba
kini sudah tiba
3 Disember sampai laa 6 Disember ni 
aku berpeghaktikal kat sana
moga berjaya hendaknya

Wednesday, November 21, 2012

#PrayForGaza

aku ingat lagi
pagi awal muharram tu
bukak internet
dga cite palestin di bom oleh yahudi laknatullah
alasannya nak defend 'negara' sendiri
tak munasabah
hanya orang sebebal Justin Bieber je
yang tak cukup umur tapi bajet gud2 jer
yang akan menyokong tanpa usul periksa


aku kkdg cuba gak nak baca qunut nazilah
tapi tak hafal =_=''




#PrayForGaza

Friday, November 16, 2012

2nd half of 5th sem

dengan abesnye cuti seminggu ni
bermakna bermula lah separuh masa kedua dalam sem ke 5 aku kat USM ni
pasni sume jenis report, assignment
kene anta dah
CA 2 pulak nak muncul
praktikal menghampiri

harap dapat menempuh segalanya



Forensics 11
may the game begin
may the odds be ever in your favor
:)


tabahkan hati, amirulhisham !

Sunday, November 11, 2012

bila orang dah benci

bila orang dah benci 
tiada guna ku nanti
lebih baik ku pergi
pergi membawa diri

bila orang dah benci
tinggal aku sendiri
orang pun dah tak suka 
dikenang pun tak guna ~


abang saleeng memang best

:(

Wednesday, October 31, 2012

last day sebelum november

oktober kali ni buat aku banyak sesak nafas
sebab tibe2 je dah 2 bulan aku masuk rupenye
study tak banyak lagi
so kene kuatkan semangat sket

esok dah november
jadi aku mengharapkan dua bulan terakhir ni
akan jadi awesome bagi aku
aku perlukan kawan yang boleh
membantu aku dari segala aspek
harapnya begitulah









layan lagu abg saleeng sket. bila orang dah benci :(

Wednesday, October 17, 2012

give you heart a break.

.......

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah
......... 

There's just so much you can take
Give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah

............

'Cause you've been hurt before
I can see it in your eyes
You try to smile it away, some things you can't disguise
Don't wanna break your heart
Maybe, I can ease the ache, the ache
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
............


untuk awak :)

Monday, October 15, 2012

the brokenable promise

memang selalu la kalau nak make sure something
aku akan cakap, 'janji eh tunggu sini?'
or ' janji eh tolong fotostat kan?'
macam2 versi la aku buat sebab nak gune ayat janji tu

tapi tau tak janji tu pun boleh je dimungkiri
dan tau tak camne perasaan kite bile orang yang kite harapkan tu
mungkir janji itu
pehh mesti sakit ati je kann

aku dapat satu ayat ni dari seorang kawan
janji itu dibuat untuk dimungkiri
dan aku terfikir, emm betul gak tu kan
tapi first ayat aku cakap kat die, 'haa dah selalu kene la ni kan?'
aku cakap je kat die camtu
last2 kuar kat twitter die betul2

jadi kepada yang berkenaan
aku tak berjanji utk buat kau bahagia
memenuhi semua keperluan kau
walaupun kita ni takde something special
tapi aku tetap akan tolong jugak no matter what
sekali aku dah berjanji
aku akan cube kekalkan janji aku tu
percayalah

Saturday, September 29, 2012

fear . tear .

tadi petang
dengan berbekalkan semangat nak main volleyball
aku turun ke padang dengan hati yang tulus murni
tak jadi beli kasut sebab tak sempat
dok sembang pastu buat buat rilek kat bilik
last2 tak jadi nak g beli

so aku pun jog la seround dulu padang usm ni
nak test lutut aku okeh ke tak
abes seround , lutut aku okeh lagi
senyum lebor la aku 

n then aku ke court
happy gile rase dapat turun main
al maklum la lame dah tak g main sane kan
so masuk game baru
bajet nak jadi setter je sebab tak leh nak lari sgt
then baru dalam 3 minit main
tga nak kejar bola
prakkkk !
bunyi lutut aku
terhincut-hincut aku ketepi
pastu rase sakit kejap je then lari2 sket oke dah rase
pastu tak nak masuk lagi dah takut
huhu

balik tu aku jalan skali ngan rafiq
die kate meniscus pun kene operate gak
aku pun , erk?



harap2 tak laaa operate
cuak tahap tertinggi ni 

Thursday, September 27, 2012

mimpi

orang tua tua kata
kalau mimpi pagi pagi tu
mimpi tu jadi petanda
mimpi petang petang tu
mimpi mainan yang syaitan buat

ade lagi satu
orang kate kalau kita termimpi seseorang
orang tu rindukan kite

harapnya begitulah. 

Wednesday, September 19, 2012

song. bukan alex song.

out of sudden
lagu yang dah berabuk kat folder aku
aku bukak dan dengar tiap-tiap hari
aku amek sekerat-sekerat eh

Ini kisah sedihku..
Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..

Disaat kau di sisiku..
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..
Ku akui ku rindukan mu,
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku bila kau sudah berpunya..

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar u tanpa jemu
I stalk your profile
When i miss you,
Adakah kau juga memikirkan ku

Adakah cinta dibalas




sama ada kau marah dengan aku
aku tak tau
aku kan tak reti bace pergerakan ni
u told me that remember?
so enlighten me
hope so