Kru kru Ayam

Thursday, July 7, 2011

Bersih 2.0

haha kontroversi tak tajuk wa
dalam bulan julai ni
ini la salah satu event gempak yang diadakan kat malaysia ni
selain liga super malaysia yang dimenangi oleh kelantan
dan perlawanan skuad senior malaysia 
diadakan pada bulan ni gak
jadi banyak sungguh event bulan ni
tapi yang paling aku nak tulis kat blog aku ni
PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
besaq tak ceq tulih tu?

sebelum apa2 
mai kita check sket motif utama perhimpunan ni diadakan
biasa la perhimpunan sekolah pun ade motif nye
begitu juga perhimpunan orang2 yang nak mintak naik gaji




Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


panjang kan?
jadi aku tidak lah sokong mana2 pihak
aku sokong mana yang aku rasa betul
tapi semua ni?
aku rasa tak perlu la nak adakan semua ni
aku tau Malaysia ni mengamalkan demokrasi berparlimen
dan perhimpunan camni mmg tak salah
boleh diadakan
polis pon tak leh nak halang
tapi ikhlas la pendapat aku
setelah aku perhatikan dan kedua-dua belah pihak
dan aku bersuara kerana aku hendak menyatakan pendapat aku
walaupun aku tau aku bukan lah seorang pendebat
dan kurang pengalaman dari segi politik

1- bersihkan undi
aku rasa selama kita berkerajaan ni tak timbul masalah nak bersihkan undi. dan aku rasa tak perlu timbulkan tuntutan ni.

2-mereformasikan undi pos
undi pos ni aku rase diadakan sebab ade orang yang takleh nak undi pada hari mengundi. dah tentu undian PERLU diadakan pada hari undi,kan?
3- gunakan pen dakwat kekal
ni lagu satu tuntutan yang aku rasa sgt tak perlu. walaupun aku tak pernah mengundi, aku tau mmg mengudi kene guna pensel. kalau guna pen da dikira undi rosak. tak salah aku la. sejak dari dulu mmg guna pensel, kenapa sekarang baru teringat nak guna dakwat kekal.

4-masa berkempen minima 21 hari
minima 21 hari? yang ni mmg aku terperanjat abes. ingat tak yang peristiwa 13 mei tu? ianya terjadi sebab tempoh berkempen lama sangat. dan aku rasa memang kene pendek untuk tidak terjadinya perkara2 yang tak diingini. so korang pikir2 la yang ni.

5-akses media yang bebas dan adil
haha yang ni pening ke RTM ngan BERNAMA. kesian doe aku tgok. tak pasal2 diorang kene!

6- kukuhkan institusi awam
yang ni aku rasa diorang wat khas kat SPR sebab diorang mmg nak serang SPR pun dalam tuntutan ni. so aku malas nak komen.

7- hentikan rasuah!
wah! ni aku tau semua orang yang besar2 tu ada dapat. semua orang ta kira kerajaan atau pembangkang, ade dalam kalangan diorang mmg makan rasuah. dan kita nak hentikan camne kalau diorang sendiri,yang besar2 ni, da makan? yang aku pelik, ape fungsi ni dalam perhimpunan ni?

8- Hentikan politik kotor
yang ni mmg aku rasa agenda pembangkang. sebab selama aku tgk dan perhati, pembangkang lebih byk kotor dari kerajaan.


so kepada semua yang sokong tu
jangan dok pakai sokong ja
tgok dulu apa yang korang dapat kalau korang sokong ni
dan aku rasa ade tuntutan yang relevan (walaupun aku komen macam2) 
dan ada yang tidak
jangan sokong perhimpunan ni sebab korang sokong pembangkang
sebab nanti korang gak yang susah
perhimpunan ni tak jawab n tolong korang kalau kene tangkap nanti
dan kepada yang tubuhkan satu lagi perhimpunan
iaitu PATRIOT
yang ni pun aku rase tak payah
korang marah orang lain buat perhimpunan 
tapi korang pon buat
so ape ceritanya?
so aku ta nak tulis macam2 lagi
nanti aku lak kene balik 
ini hanyalah pandangan aku sahaja 
ok?

1 comment:

Aniz said...

oooo ini rupanya matlamat bersih...punyalah akak tak mengikuti perkembangan kumpulan tu...sob sob...